Cara muat-turun, convert dan burn VCD untuk dipasang ke dalam kereta hanya 1 software

Pernah tak anda cuba untuk burn apa-apa filem ke dalam dvd atau cd untuk dipasang ke televisyen, laptop, atau dalam kereta tapi gagal ? Gagal kerana anda menyangka hanya burn “as data” dah boleh tengok kat tv. Sedangkan cara tersebut adalah tentu sekali salah.

Ataupun anda dah berjaya buat, tetapi itupun setelah menggunakan banyak perisian. Bukan satu sahaja. Contohnya kalau nak muat-turun video dalam Youtube, anda terpaksa guna Internet Download Managaer (IDM), atau download secara online di mana-mana website. Selepas siap download, anda perlu convert pula file MP4 atau AVI tersebut ke format MPG, kemudian anda terpaksa pula burn menggunakan Nero Vision (kerana hanya ini sahaja mempunyai fungsi VCD kemudian barulah berjaya…fuh panjang betul cara untuk sekadar nak burn video untuk dipasang ke skrin tv atau kereta !

Cara saya ? Jeng jeng jeng…setelah banyak aplikasi saya duk godek-godek dan try. Seperti Nero sendiri dah banyak versi saya install tapi tak lepas pulak di bahagian serial number (so tak boleh nak guna jawabnya). Akhirnya saya jumpa cara yang BOLEH DOWNLOAD, CONVERT DAN BURN VCD DENGAN HANYA SATU SOFTWARE SAHAJA ! Huhuhu. LOL dah macam nak promote barang pulak (Tak eh…sekadar kongsi tutorial jer ni, takda komisen yang saya dapat dengan taktik ni).

So apa caranya ? Jawabnya adalah dengan software iSkysoft Video Converter Ultimate. Kat bawah ni saya sediakan screenshot beserta dengan sedikit keterangan yang asas.

1 Cara muat-turun, convert dan burn VCD untuk dipasang ke dalam kereta hanya 1 software

Mula-mula nak download tu, pergi ke bahagian tab “download” pastu “Add URL” kat sebelah kiri (lupa nak letak anak panah). Kemudian anda paste url daripada youtube. Lepas paste url, anda kena ikut langkah screenshot kat bawah ni pulak

2 Cara muat-turun, convert dan burn VCD untuk dipasang ke dalam kereta hanya 1 software

Langkah 1 : Paste url daripada youtube
Langkah 2 : Pastikan format MPEG lepas tu barulah boleh klik OK

3 Cara muat-turun, convert dan burn VCD untuk dipasang ke dalam kereta hanya 1 software

Tengok, banyakkan format yang anda boleh pilih ? Bayangkan kalau anda download direct secara online, biasanya file akan convert terus ke format MP4 atau AVI kan ? Malangnya format tersebut adakalanya tak boleh nak pasang di TV. Lebih-lebih lagi TV yang murah (Walaupun LED) contohnya TV yang hanya berharga RM600, 32 inci daripada LG atau samsung. Kadang-kadang ada conflict pada format yang dinyatakan termasuklah MKV.

Tapi kalau format MPEG, seriuslah semua tempat boleh pasang tak kira daripada TV yang murah, apatah lagi yang mahal (SmartTV). So bersyukur sangat-sangat software ni terus ada MPEG dan terus boleh buat kerja dari A-Z iaitu dari download sehinggalah boleh tonton terus ke TV.

4 Cara muat-turun, convert dan burn VCD untuk dipasang ke dalam kereta hanya 1 software

Selepas siap download (lupa nak bagitau, kalau anda guna versi trial anda hanya boleh download 3 link youtube sahaja dalam satu-satu masa). So kalau nak download banyak sekaligus, anda kenalah beli yang full version hehehe.

Ok, lepas download, anda pergi ke tab “Burn” lepas tengok ikut langkah seterusnya :

Langkah 5 : Pergi ke tab Burn
Langkah 6 : Change Template
langkah 7 : Ambik yang “No Menu” untuk autoplay. Maksudnya kalau korang masukkan DVD ke DVD Player, ia akan terus play tanpa kita tekan apa-apa butan play. Fungsi ni sesuai kalau korang burn video yang durasinya lama contohnya video kanak-kanak Nursery Rhymes yang durasi sehingga 50 minit (Banyak dalam youtube). So, sesuailah nak guna fungsi ni. Tapi kalau korang gabung video sikit-sikit tu, nak guna template menu yang lain pun ok gak (Nanti kalau dah masukkan ke DVD Player, boleh pilih video mana yang nak play dahulu).

IMG_20171103_110039 Cara muat-turun, convert dan burn VCD untuk dipasang ke dalam kereta hanya 1 software

Ini sample DVD yang saya cuba burn untuk Boboiboy. Screenshot kat atas tu Ajen Ali kan ? Yang tu saya belum burn lagi sebab sekadar nak pasang ke tv je.

IMG_20171103_110113 Cara muat-turun, convert dan burn VCD untuk dipasang ke dalam kereta hanya 1 software

Ok, berjaya play tanpa was-was.

So beginilah caranya daripada hanya satu software sahaja. Memang berbaloi kalau anda nak beli software ni. Kat bawah ni dia punya harga :

Capture Cara muat-turun, convert dan burn VCD untuk dipasang ke dalam kereta hanya 1 software

So itu jerlah trick kali ini daripada saya. Kalau ada nak tanya apa-apa, bolehlah tanya kat ruangan komen di bawah. Kalau anda ada aplikasi yang recommended pun boleh bagitau.

Terima kasih sebab baca sampai habis. Kalau post ni membantu, silalah share ok. Hehehe. Terima kasih sekali lagi.

 

5 Comments

    • salam. maaf lewat reply coz mesej ni tenggelam dengan spam lain. kalau nak guna usb untuk “lcd screen car” yang lama ni (dalam kes ni kereta alza), memang tak detect. tapi kalau alza yang keluaran terbaru diorang detect jer (sebab firmware macam android kat hanphone). pendek kata kalau versi lcd ni jenis versi lama dan hanya boleh pasang guna VCD jer, so itulah satu-satunya opsyen yang ada.

      Reply
  1. assalam..klo beli disk kosong kat kedai tu kan..berapa bnyak video kartun boleh isi kat dlm disd tu apabila dh burn kn??

    Reply
    • salam. maaf lewat reply coz mesej ni tenggelam dengan spam lain. kalau beli disk kosong, pastikan beli DVD punya (bukan CD) dan boleh masukkan apa-apa video kartun ikut durasi masa 120 minit. sekalipun saiz kartun tu besar (1GB) tapi dia akan ikut durasi masa, bukan ikut saiz (sebab kita burn sebagai VIDEO, bukan sebagai DATA).

      Reply

Leave a Comment.