Syarat-syarat untuk dapatkan apartment RM42,000 dari Selangorku dan EcoWorld

PERMOHONONAN MAAF ATAS RALAT YANG TIMBUL :
Ada beberapa ralat yang timbul pada posting saya ini iaitu company yang terlibat dengan LPHS dan EcoWorld. Info yang betul berkaitan offer rumah ini ialah :
– Company EcoForest
– Lokasi : Semenyih (Bukan Gombak)

Info yang SALAH :
– Company Setia Eco Templer
– Lokasi : Gombak

Saya mohon maaf sekali lagi kepada pembaca. Sepatutnya saya tunjukkan info di Semenyih, bukan di Gombak. Namun sekarang ini saya tak dapat nak akses website rasmi LPHS (mungkin kerana pengunjung terlalu ramai). Jika dapat akses semula, saya akan kemaskini info ini dari masa ke semasa.

===========================================

Siapa sangka kerajaan Selangor di bawah Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor (LPHS) dengan kerjasama EcoWorld ada menawarkan rumah murah yang bernilai RM42,000 sahaja bertempat di Pekan Templer, Gombak ? Saya pun terkejut dengan keratan yang tersebar ini (Rujuk gambar bawah)

 

Syarat-syarat-untuk-dapatkan-apartment-RM42000-dari-Selangorku-dan-EcoWorld-3 Syarat-syarat untuk dapatkan apartment RM42,000 dari Selangorku dan EcoWorld

Keratan yang tersebar di Facebook

Too good to be true ? Scam dan macam DBI ? Ramai yang komen begini kerana bimbang penipuan yang sama akan berulang. Tak boleh juga nak salahkan mereka kerana isu rumah kos murah ini sangat sensitif ibarat isu hal agama dan perebutan pusaka. Silap haribulan, terlopong sebab rugi. Tengoklah kes DBI, ramai yang terduduk kerana dah hangus RM50K.

Continue reading