Syarat-syarat untuk dapatkan apartment RM42,000 dari Selangorku dan EcoWorld

PERMOHONONAN MAAF ATAS RALAT YANG TIMBUL :
Ada beberapa ralat yang timbul pada posting saya ini iaitu company yang terlibat dengan LPHS dan EcoWorld. Info yang betul berkaitan offer rumah ini ialah :
– Company EcoForest
– Lokasi : Semenyih (Bukan Gombak)

Info yang SALAH :
– Company Setia Eco Templer
– Lokasi : Gombak

Saya mohon maaf sekali lagi kepada pembaca. Sepatutnya saya tunjukkan info di Semenyih, bukan di Gombak. Namun sekarang ini saya tak dapat nak akses website rasmi LPHS (mungkin kerana pengunjung terlalu ramai). Jika dapat akses semula, saya akan kemaskini info ini dari masa ke semasa.

===========================================

Siapa sangka kerajaan Selangor di bawah Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor (LPHS) dengan kerjasama EcoWorld ada menawarkan rumah murah yang bernilai RM42,000 sahaja bertempat di Pekan Templer, Gombak ? Saya pun terkejut dengan keratan yang tersebar ini (Rujuk gambar bawah)

 

Syarat-syarat-untuk-dapatkan-apartment-RM42000-dari-Selangorku-dan-EcoWorld-3 Syarat-syarat untuk dapatkan apartment RM42,000 dari Selangorku dan EcoWorld

Keratan yang tersebar di Facebook

Too good to be true ? Scam dan macam DBI ? Ramai yang komen begini kerana bimbang penipuan yang sama akan berulang. Tak boleh juga nak salahkan mereka kerana isu rumah kos murah ini sangat sensitif ibarat isu hal agama dan perebutan pusaka. Silap haribulan, terlopong sebab rugi. Tengoklah kes DBI, ramai yang terduduk kerana dah hangus RM50K.

Bagaimana pula yang ni ? Scam jugak ker ? Ha…kalau anda nak tau, iklan di atas ini memang wujud di website rasmi LPHS dan EcoWorld sendiri. Rujuk gambar dibawah. Ini saya terpaksa printscreen jam 5 pagi sebab website mereka boleh akses pada waktu ini (mungkin terlalu ramai visitor menyebabkan website tergendala) dan bolehlah saya screenshot seperti di bawah ini :

So kami yakin projek ini adalah legal dan bukannya penipuan. Di bawah sekali kami letak screenshot daripada pihak EcoWorld sendiri dimana terdapat juga alamat penuh projek ini. Anda boleh lawati tapak projek ini nanti.

Syarat-syarat-untuk-dapatkan-apartment-RM42000-dari-Selangorku-dan-EcoWorld-1 Syarat-syarat untuk dapatkan apartment RM42,000 dari Selangorku dan EcoWorld

Tengok pada screenshot di atas ni. Tarikh dijangka siap adalah pada bulan Mac 2020 dengan harga hanya RM42K sahaja. Ingat, ini adalah apartment ya bukan rumah landed atau banglo seperti yang ditawarkan oleh scammer DBI. Dengan keluasan 700 KPS (Kaki PerSegi). Terdapat 3 type iaitu Azalia, Camelia dan Dahlia. Anda boleh klik pada link ini untuk tengok sendiri screenshot di atas : http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/index.php?opt=project_list&req=detail&h=1&pid=1000052

 

58b3f31d8a45c Syarat-syarat untuk dapatkan apartment RM42,000 dari Selangorku dan EcoWorld

Ilustrasi apartment RM42K

Syarat-syarat-untuk-dapatkan-apartment-RM42000-dari-Selangorku-dan-EcoWorld-2 Syarat-syarat untuk dapatkan apartment RM42,000 dari Selangorku dan EcoWorld

Untuk melihat senarai projek yang dikeluarkan oleh LPHS, anda boleh klik pada link ini : http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/index.php?opt=project_list

Apabila keluar screenshot seperti di atas, sila klik pada projek “SETIA ECO TEMPLER JENIS A”.

 

Bagaimana pula dengan syarat-syarat untuk memohon apartment murah ini ? Anda boleh lihat pada gambar di bawah :

Syarat-syarat-untuk-dapatkan-apartment-RM42000-dari-Selangorku-dan-EcoWorld-2 Syarat-syarat untuk dapatkan apartment RM42,000 dari Selangorku dan EcoWorld

Jika di atas tadi adalah screenshot yang diambil daripada pihak LPHS, ini pula daripada website SetiaEcoWorld sendiri. Anda juga perlu mengisi borang yang dikeluarkan oleh pihak SetiaEcoWorld. Ini linknya : http://www.setiaecotempler.com/speaktous.aspx

Syarat-syarat-untuk-dapatkan-apartment-RM42000-dari-Selangorku-dan-EcoWorld-3 Syarat-syarat untuk dapatkan apartment RM42,000 dari Selangorku dan EcoWorld

Kalau anda nak terus tahu mengenai offer yang menarik ini, sila hubungi sendiri pada nombor Encik Helmi Ibrahim paparan di atas ni. Hubungi direct pada yang terbabit kan lebih elok, mana tau jika ada info yang kurang jelas anda boleh tanya terus kepada beliau.

 

Penafian : Saya hanya blogger sampingan dan post ini bertujuan sebagai informasi kepada follower saya. Tiada apa-apa upah atau komisen yang saya dapat daripada post ini. Post ini dibuat kerana apartment murah ini telah viral di Facebook dan atas rasa ingin tahu, saya ambil inisiatif untuk bekalkan maklumat tambahan kepada pengguna Facebook. Harap ia bermanfaat untuk anda. 

Jangan lupa kongsikan perkara ini kepada rakan anda yang lain !

5 Comments

    • oh nampaknya ada 2 apartment yang ditawarkan bawah ecoworld yag berharga rm42k…kat gombak dan semenyih. saya cuba masuk ke web LPHS semula untuk dapatkan info berkaitan semenyih tu tapi web dah tak boleh masuk. apa2 pun terima kasih banyak2 atas info yg diberikan.

      Reply

Leave a Comment.