Perkataan Selfie & Viral dah masuk DBP rupanya…tapi dah di melayukan. So lepas ni kena biasakan dengan istilah ni lah iye terutama sekali budak-budak sekolah yang nak buat karangan tu nanti. Ini contoh bina ayat yang boleh anda karangkan. Kalau ada lagi, cuba tinggal kat ruangan komen kat bawah ni. Hehehe.
TULAR
“Ko jangan tular pasal aku, kalau tak aku cari kau sampai lubang cacing !”
SURI TELADAN
“Cantiknya wajah you…boleh jadi suri teladan i tak untuk produk glow-glow skincare ? Nanti i bayar, you boleh buat duit dengan muka you ni…”
JERAYAWARA
“Bulan depan kita buat jerayawara seluruh negeri pasal kebaikan GST ni. Kita gasak sampai tertonggeng rakyat kita. Wakaka”
LATAR PENTAS
“Bro, nak tempah latar pentas ni, berapa ko cas sekaki ? Aku bayar RM50 siap dengan design dan gantung boleh ?”
GEGANTUNG
“Lepas siap print, ko gantung gegantung ni kat semua tiang letrik depan rumah aku ok”
IMEJ TUMPU
“Nota ni tulis baik-baik lepas tu jangan lupa imej tumpu kat teks-teks yang penting ok”
PASCANILAI
“Lepas siap program ni, kita akan bermesyuarat untuk pascanilai kembali semua aktiviti yang kita jalankan sebelum ni”
SWAFOTO
“Kini smartphone OPPO melancarkan fungsi swafoto terbaru dengan teknik dual-camera yang diaptasi dari 2 warna penting iaitu color dan monocrome”