Cara mudah untuk dapatkan USD 100 pertama dengan Adsense

MACAMANA NAK DAPATKAN USD100 PERTAMA DENGAN ADSENSE ?

Tips percuma daripada newbie untuk newbie.

Ini adalah tips khas untuk mereka yang nak jana wang pertama USD100 dengan Adsense. Kenapa perlunya USD100 ? Kerana minimun payment requirement untuk withdrawal adalah USD100.

1- Buat blog isu semasa
2- Guna FB Group
3- Pastikan Pageview sehari 30,000
4- Letak kedudukan iklan Adsense sesuai dengan mobile. Bukan sesuai dengan komputer.
5- Jangan pasang popup

Cara-mudah-untuk-dapatkan-USD-100-pertama-dengan-Adsense-2 Cara mudah untuk dapatkan USD 100 pertama dengan Adsense

Screenshot Adsense daripada saya sendiri untuk bulan 8, 2016

1- BUAT BLOG ISU SEMASA ?
Ya, isu semasa dan kuncinya di sini adalah cepat update. Berita boleh dicedok dari Utusan, Sinar Harian, Metro dan sebagainya. Yang perlu hanya ubah tajuk (jangan hype sangat) dan pastikan letak kredit diakhir post kerana dengan cara inilah post akan bernilai dan ada autoriti samada ia benar atau palsu.

2- GUNA FB GROUP ?
Ya, buat satu akaun lain (jangan guna akaun sekarang). Request group yang ada ahli seramai 20,000 bagi setiap group. Tambah group jangan melebihi 10 group sehari. (Jangan fikir sangat untuk tambah rakan). Pastikan group yang anda request terdiri beberapa kategori iaitu :
– Politik
– Jenayah / Kemalangan
– Scammer / Kecurian
– Jodoh / Cinta / Rumah Tangga
– Kanak-kanak / Ibu Bapa
– Resepi
– Group bagi setiap negeri
– Artis / Hiburan
– Lawak
– Islam / Agama

3- PAGEVIEW 30,000 SEHARI ?
Ya, mudah sekiranya artikel anda viral. Tetapi kalau sukar, anda perlu update berita paling kurang 10 berita sehari yang menarik dan postkan ke group dengan kategorinya SAHAJA. Jangan memandai nak post berita kemalangan ke dalam group resepi.

4- LETAK IKLAN ADSENSE PADA TEMPATNYA
Tumpukan perhatian untuk letak iklan di tempat yang hampir dengan ibu jari yang skroll ketika membaca di handset. Caranya, letakkan :
– 1 iklan 300×250 sebelum tajuk berita
– 1 iklan 300×250 selepas tajuk berita / selepas content
– 1 iklan 300×600 di sidebar kanan
– Enable iklan “Page Level Ads” iaitu Anchor dan Vignette Ads

Pastikan guna template yang responsive dan perlu ingat, kebanyakkan pembaca sekarang adalah melalui handset. Dan biasanya pembaca akan baca tajuk, content sehingga habis post dan mereka akan skroll sedikit sahaja selepas itu. Jadi, jangan membazir letak iklan kat tempat lain melainkan tempat yang saya senaraikan kat atas.

5- JANGAN GUNA POPUP ?
Please please please jangan guna popup. Tak kisah popup dari pengiklanan yang lain atau dari “FB Like Box” dan sebagainya. Secara tak langsung anda akan buang pengunjung blog anda sebelum mereka masuk untuk baca content. Apatah lagi blog anda masih baru. Guna cara mesra pembaca. Orang masuk blog, baca content dan secara tak langsung orang klik atau ter klik iklan yang anda letak pada tempat yang sesuai tadi.

KESIMPULAN
Itu sahaja teknik dari newbie untuk newbie. Mereka yang ingin jana pendapatan USD100 (RM400) yang pertama dengan Adsense dengan cara yang selamat, natural dan mengurangkan invalid click. Kalau anda dari dulu lagi sukar untuk dapatkan duit dengan adsense (ada blog peribadi sendiri). EXPEND lah atau tiba masa anda buat 1 blog yang baru niche isu semasa dan cuba follow 5 teknik muda yang saya saran kat atas ni.

Sekian dari saya. Hanif Adnan melaporkan untuk cari duit berblog dengan Adsense.

9 Comments

    • yep betul tuan. isu semasa cepat viral. lagipun setiap hari akan ada isu2 panas yg jadi tumpuan. senang nak dapat trafik. klau trafik lesu, boleh labur untuk sewa mana-mana fanpage atau guna fb ads. itu berbayar. tapi untuk awalan, guna cara free yg saya bgtau kat atas ni iaitu guna kaedah fb group.

      Reply
  1. Assalamualaikum Tuan H.A

    Terima kasih banyak2 untuk artikel yg cukup padat dan bagus.

    Boleh tak ajarkan bagaimana pula nak promote blog guna fbads?

    Terima kasih.

    Reply

Leave a Comment.